A.S Perlu Terima Realiti Politik Di Syria: Rumah Putih

A.S Perlu Terima Realiti Politik Di Syria: Rumah Putih

Rumah Putih berkata bahawa Amerika Syarikat perlu memahami "realiti politik" yang wujud di Syria sekaligus menerima hakikat bahawa masa hadapan Presiden Bashar al-Assad perlu ditentukan oleh warga negara Arab itu sendiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rumah Putih berkata bahawa Amerika Syarikat perlu memahami "realiti politik" yang wujud di Syria sekaligus menerima hakikat bahawa masa hadapan Presiden Bashar al-Assad perlu ditentukan oleh warga negara Arab itu sendiri.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sean Spicer pada hari Jumaat memberitahu para wartawan bahawa pentadbiran Obama telah kehilangan peluang untuk menjatuhkan Presiden Assad dan situasi terkini tidak membenarkan A.S untuk mengambil sebarang tindakan ke atas pemimpin Syria itu.

"Wujud realiti politik yang perlu kita terima dari sudut kedudukan kita sekarang," kata Spicer.

"Kita pernah memiliki peluang tersebut (menjatuhkan Assad) dan sekarang kita perlu fokuskan (usaha kita) dalam membasmi ISIS," kata Spicer yang merujuk kepada kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

"A.S memiliki keutamaan yang nyata di Syria dan Iraq dan kami telah menjelaskan sebelum ini bahawa operasi anti-keganasan, khususnya dalam menumpaskan ISIS, adalah yang paling utama di antara prioriti kami." tambahnya lagi.

Bercakap di Turki pada hari Khamis, Setiausaha Negara A.S, Rex Tillerson membuat kenyataan yang sama berhubung masa hadapan Presiden Bashar al-Assad.

"Saya berpendapat bahawa status jangka panjang Presiden Assad akan ditentukan oleh warga Syria," kata Tillerson kepada pihak media di dalam sebuah sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu di Ankara pada hari Khamis.

Pada hari Khamis yang sama, Duta A.S ke PBB, Nikki Haley turut memaklumkan bahawa negaranya sudah tidak berminat untuk menjatuhkan Assad.

"Keutamaan kami bukan lagi untuk duduk dan meletakkan fokus untuk menjatuhkan (Presiden) Assad," katanya.

"Keutamaan kami adalah untuk melihat bagaimana untuk menyelesaikan perkara ini, siapa yang kami perlukan dalam kerjasama untuk membuat pembaharuan bagi warga Syria." tambahnya lagi.

Kenyataan itu sama sekali berbeza dengan pendekatan dan kedudukan yang diambil oleh pentadbiran Obama yang menetapkan pengunduran Assad sebagai syarat kepada penyelesaian krisis di Syria.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini