ACLU Saman Larangan Perjalanan Baharu Trump

ACLU Saman Larangan Perjalanan Baharu Trump

Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) memfailkan aduan bagi pihak beberapa kumpulan bantuan pelarian berhubung perintah larangan perjalanan baharu Presiden Donald Trump.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) memfailkan aduan bagi pihak beberapa kumpulan bantuan pelarian berhubung perintah larangan perjalanan baharu Presiden Donald Trump.

Arahan baharu itu yang menutup sempadan AS untuk sementara kepada semua pelarian dan rakyat enam negara majoriti Islam, didedahkan Isnin lalu sebagai pengganti kepada perintah larangan dikeluarkan Januari lalu yang digantung beberapa mahkamah persekutuan.

Arahan baharu itu menghalang semua pelarian ke AS selama 120 hari dan menggantung pemberian visa selama 90 hari kepada rakyat Syria, Iran, Libya, Somalia, Yaman dan Sudan berkuat kuasa 16 Mac ini.

Perintah pertama turut dikenakan kepada rakyat Iraq tetapi negara itu digugurkan daripada senarai baharu.

"Meletakkan arahan baru terhadap sekatan ke atas umat Islam tidak menyelesaikan masalah asas. Perlembagaan dan undang-undang melarang diskriminasi agama. "Semakin jelas Trump melanggar peraturan asas, " kata pengarah projek hak pendatang ACLU, Omar Jadwat.

ACLU dan Pusat Undang-Undang Imigresen Kebangsaan memfailkan saman bagi pihak Projek Bantuan Pelarian Antarabangsa dan kumpulan penempatan semula pelarian, HIAS, selain beberapa individu. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky