Anak Muhammad Ali Ditahan di Lapangan Terbang

Anak Muhammad Ali Ditahan di Lapangan Terbang

Anak bekas juara tinju kategori heavyweight, Muhammad Ali ditahan di lapangan terbang antarabangsa Fort-Lauderdale- Hollywood dan ditanya mengenai agamanya, lapor Huffington Post.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Anak bekas juara tinju kategori heavyweight, Muhammad Ali ditahan di lapangan terbang antarabangsa Fort-Lauderdale- Hollywood dan ditanya mengenai agamanya, lapor Huffington Post.

Muhammad Ali Jr, 44 tahun dalam perjalanan pulang ke Amerika Syarikat bersama ibunya, Khalilah Camacho-Ali apabila pihak kastam membawa mereka untuk disoal siasat pada awal Februari lalu.

Pegawai kastam kemudiannya melepaskan Khalilah apabila dia berupaya memberikan bukti gambar dirinya bersama dengan bintang peninju terkenal itu bagaimanapun malang bagi Ali Jr apabila dia tidak mempunyai bukti sedemikian dan ditahan oleh pihak itu.


Selama dua jam ditahan, beliau diberikan soalan seperti 'Dari mana anda mendapat nama itu? dan 'Adakah kamu seorang Islam?'.

Sama seperti bapanya, Ali Jr merupakan seorang beragama Islam dan berwarganegara Amerika serta tidak mempunyai rekod jenayah, beliau juga turut membawa pasport AS bersamanya ketika ditahan.

Keluarga Allahyarham Muhammad Ali kini sedang mempertimbangkan untuk memfailkan saman terhadap Mahkamah Persekutuan.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky