Anak Trump Minat Ikut Jejak Dalam Politik

Anak Trump Minat Ikut Jejak Dalam Politik

Anak Presiden Donald Trump, Donald Trump Jr menegaskan beliau tidak akan menjadi calon Gabenor New York tahun depan, tetapi tidak menolak kemungkinan bertanding untuk jawatan itu pada masa akan datang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Anak Presiden Donald Trump, Donald Trump Jr menegaskan beliau tidak akan menjadi calon Gabenor New York tahun depan, tetapi tidak menolak kemungkinan bertanding untuk jawatan itu pada masa akan datang.

Trump Jr dikhabarkan mempertimbangkan untuk menuruti jejak langkah bapanya dalam bidang politik. Namun dalam satu temu bual dengan The Associated Press semalam, beliau menafikan sebarang spekulasi mengenai hasrat mencabar penyandang jawatan itu, Gabenor Andrew Cuomo.

"Saya tidak bertanding pada 2018," kata Trump Jr dalam kenyataan terbuka pertama beliau mengenai kemungkinan menjadi calon tahun depan. Namun beliau mengakui tertarik dengan bidang politik.

Trump Jr dan adik lelakinya, Eric menerajui Trump Organization, sejak bapa mereka berkhidmat sebagai Presiden, Januari lalu. - AP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini