Bernie Sanders Seru Pihak Terbabit Laksanakan Transformasi Ke Atas Parti Demokrat

Bernie Sanders Seru Pihak Terbabit Laksanakan Transformasi Ke Atas Parti Demokrat

Bekas calon presiden parti Demokrat, Bernie Sanders memanggil pihak yang terbabit untuk melaksanakan sebuah transformasi ke atas parti tersebut dalam rangka menarik sokongan awam terhadap mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas calon presiden parti Demokrat, Bernie Sanders memanggil pihak yang terbabit untuk melaksanakan sebuah transformasi ke atas parti tersebut dalam rangka menarik sokongan awam terhadap mereka.

Sanders yang bercakap kepada CNN pada hari Ahad berkata bahawa parti Demokrat perlu lebih memfokuskan golongan pekerja dan di dalam masa yang sama melawan kepentingan kewangan sesetengah pihak dalam rangka mencipta hubungan yang baik dengan masyarakat awam.

"Kita perlukan sebuah transformasi yang menyeluruh," kata senator dari negeri Vermont yang berusia 75 tahun itu.

"Kita perlu membuka parti ini kepada golongan pekerja, kepada belia dan menyatakan dengan terang (kepada mereka) bahawa Parti Demokrat akan berhadapan dengan Wall Street; berhadapan dengan ketamakan industri farmasi, berhadapan dengan pihak korporat A.S yang menutup kilang mereka di negara ini sebelum memindahkannya ke negara lain," tambah beliau.

Parti yang baharu sahaja mengalami kejutan yang besar berikutan kekalahan mereka di Rumah Putih dan juga kedua-dua Dewan Kongres di dalam pilihan raya yang lepas kini sedang berusaha untuk kembali mencari tapak di dalam senario politik A.S.

Parti Demokrat kini dilihat cuba untuk bersatu di bawah kepimpinan ketua mereka yang baharu, Tom Perez. Perez yang merupakan bekas Setiausaha Buruh A.S mengalahkan calon yang lain, Keith Ellison untuk menerajui parti tersebut.

Perez yang disokong oleh Joe Biden menewaskan Ellison yang merupakan ahli kongres Muslim yang pertama negara A.S di dalam sebuah pemilihan yang sengit. Ellison di dalam pemilihan itu disokong oleh Bernie Sanders sendiri.

Presiden Donald Trump di dalam akaun Twitter-nya mengatakan bahawa pemilihan itu mempunyai persamaan dengan persaingan di antara Sanders dan Hillary semasa pemilihan calon parti dalam mengharungi pilihan raya presiden 2016. Beliau mengatakan sebagaimana parti itu bersikap berat sebelah dengan manyokong Hillary, mereka turut menunjukkan sikap yang sama dengan 'mengenepikan' Ellison.

Sanders menolak penilaian Trump di dalam temu ramah beliau dengan CNN. Akan tetapi, beliau turut menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap pemilihan itu.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky