Chelsea Clinton Enggan Cabar Trump

Chelsea Clinton Enggan Cabar Trump

Chelsea Clinton berkata, beliau tiada hasrat bertanding merebut jawatan awam atau menentang Presiden Donald Trump dalam pilihan raya akan datang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Chelsea Clinton berkata, beliau tiada hasrat bertanding merebut jawatan awam atau menentang Presiden Donald Trump dalam pilihan raya akan datang.

Clinton memberitahu saluran 'CBS This Morning' apabila ditanya mengenai Trump: "Saya pastinya bukan orang yang sesuai mengalahkan beliau pada 2020 (pilihan raya presiden)." Anak kepada pasangan Bill dan Hillary Clinton itu berkata, ibunya yang juga pencabar utama Trump dalam pemilihan tahun lalu, juga tidak berhasrat membabitkan diri dalam politik.

Sebaliknya, katanya, ibunya kini sibuk menulis buku dan menghabiskan masa bersama dua cucunya. Apabila ditanya jika bertanding jawatan presiden tidak dapat dielakkan kerana kedua ibu bapanya adalah ahli politik, Chelsea berkata, semua orang berhak berjuang untuk program dan dasar yang mereka percaya.

"Saya berharap politik ada dalam DNA semua orang," katanya. -AP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini