Comey Kehilangan Kepercayaan Kesemua Orang Di Washington

Comey Kehilangan Kepercayaan Kesemua Orang Di Washington

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata bahawa beliau telah memecat Pengarah FBI, James Comey kerana di telah "kehilangan kepercayaan" hampir kesemua orang di Washington, DC.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata bahawa beliau telah memecat Pengarah FBI, James Comey kerana di telah "kehilangan kepercayaan" hampir kesemua orang di Washington, DC.

Trump pada awal Rabu berkata pengarah baharu FBI akan melaksanakan kerjanya dengan lebih baik daripada Comey dan meramalkan bahawa warga A.S akan berterima kasih kepadanya kerana mengambil tindakan untuk memecat Comey. Sebelum ini, bekas pengarah FBI itu mengetuai siasatan yang meneliti dakwaan berhubung kaitan yang wujud di antara kempen Trump dengan pentadbiran Rusia.

"James Comey akan digantikan dengan individu lain yang akan melaksanakan kerja dengan jauh lebih baik (daripada pendahulunya) sekaligus membawa semangat dan prestij kembali kepada FBI," tulis Trump di laman sosialnya.

"Comey kehilangan kepercayaan hampir kesemua orang di Washington sama ada daripada parti Republikan ataupun Demokrat," tulisnya lagi. "Apabila keadaan kembali tenang, mereka akan berterima kasih kepada saya!" ramal Trump.

Comey sebelum ini dikritik oleh para penggubal undang-undang daripada Parti Republikan dan Demokrat berikutan pengendaliannya ke atas siasatan berhubung pilihan raya presiden tahun 2016 - siasatan berkenaan kaitan Rusia dengan kempen Trump dan amalan penggunaan emel oleh Hillary Clinton ketika beliau menjawat jawatan Setiausaha Jabatan Negara A.S.

Comey menyedari tentang pemecatannya melalui sebuah laporan televisyen ketika dia sedang memberikan ucapan dan menurut para pegawai FBI, ketika berita itu mula-mula disiarkan, mantan pengarah FBI itu menganggapnya sebagai sebuah jenaka. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky