Dilarang Masuk AS: Kecuali Ada Ibu, Ayah, Suami, Isteri, Anak, Menantu…

Dilarang Masuk AS: Kecuali Ada Ibu, Ayah, Suami, Isteri, Anak, Menantu…

Kerajaan pimpinan Donald Trump hanya membenarkan pemohon visa dari 6 negara majoriti Islam dan semua pelarian yang mempunyai ahli keluarga terdekat atau hubungan perniagaan dengan Amerika Syarikat memasuki negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan pimpinan Donald Trump hanya membenarkan pemohon visa dari 6 negara majoriti Islam dan semua pelarian yang mempunyai ahli keluarga terdekat atau hubungan perniagaan dengan Amerika Syarikat memasuki negara itu.

Reuters melaporkan sumber Jabatan Negara yang dipetik Associated Press berkata, garis panduan baharu yang dikeluarkan selepas Mahkamah Agung membenarkan sebahagian arahan eksekutif Trump itu dilaksanakan, mewajibkan pemohon membuktikan hubungan mereka dengan individu terbabit sama ada ialah ibu atau bapa, suami atau isteri, anak lelaki atau perempuan, menantu lelaki atau perempuan atau adik-beradik di AS.

Menurutnya, nenek, datuk, cucu, bapa atau ibu saudara, anak saudara, sepupu, abang atau kakak ipar, tunang atau ahli keluarga lain tidak boleh dianggap sebagai ahli keluarga terdekat.

Isnin lalu, Trump menyifatkan keputusan Mahkamah Agung membenarkan sebahagian sekatan kemasukan dilaksanakan ke atas rakyat dan pelarian dari 6 negara majoriti Islam, sebagai kemenangan untuk keselamatan negara.

AFP melaporkan 9 hakim itu akan mengkaji semula dasar berkenaan sepenuhnya pada Oktober ini.

Buat masa ini, sekatan kemasukan itu boleh dikuatkuasakan ke atas rakyat dan pelarian dari 6 negara majoriti Islam itu “yang tiada sebarang hubungan bona fide dengan mana-mana orang atau entiti di AS”.

Mahkamah itu berkata, sekatan berkenaan tidak boleh dilaksanakan ke atas mereka yang mempunyai kaitan peribadi dengan AS, contohnya warga asing yang mahu melawat keluarga atau pelajar melanjutkan pelajaran di universiti.

Dasar yang disemak semula itu dan diumumkan pada Mac lalu bertujuan melarang kemasukan rakyat Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman selama 90 hari, selain menggantung kemasukan pelarian selama 120 hari.

Sekatan asal termasuk Iraq dan pelarian Syria selama-lamanya.

Oleh: FMT Reporters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky