Erdogan Kecam Waran Tangkap A.S Ke Atas Pengawal Keselamatannya

Erdogan Kecam Waran Tangkap A.S Ke Atas Pengawal Keselamatannya

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam waran tangkap yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat ke atas staf keselamatannya yang dituduh menyerang para penunjuk perasaan di Washington pada bulan lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam waran tangkap yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat ke atas staf keselamatannya yang dituduh menyerang para penunjuk perasaan di Washington pada bulan lepas.

Erdogan di dalam sebuah majlis berbuka di Ankara berakta bahawa Amerika Syarikat tidak mempunyai hak untuk menahan pengawal keselamatannya yang menurut beliau sedang mempertahankan dirinya daripada "pengganas". Pemimpin Turki itu turut menuduh bahawa pihak polis A.S dengan sengaja membenarkan "para pengganas" untuk mengadakan protes 50 meter daripada dirinya semasa lawatannya ke Washington.

"Kenapa saya perlu bawa pengawal keselamatan saya ke Amerika Syarikat jikalau bukan untuk melindungi diri saya," kata beliau sambil menuduh bahawa polis A.S "tidak melakukan apa-apa."

Erdogan membuat kenyataan itu beberapa jam selepas pihak berkuasa A.S mengumumkan bahawa mereka telah mengeluarkan waran tangkap ke atas 12 orang anggota keselataman peribadi Erdogan.

Kementerian Luar Turki turut mengecam tindakan itu dan mengatakan bahawa waran tangkap tersebut tidak mempunyai sebarang asas perundangan. Mereka turut menjemput Duta Besar A.S untuk berbincang berkenaan perkara tersebut.

"Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa A.S adalah salah, berat sebelah dan kekurangan asas perundangan," baca kenyataan Kementerian Luar Turki.

"Pergaduhan di hadapan kediaman Duta Besar Turki tercetus berikutan kegagalan pihak berkuasa tempatan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu... Tiada warga negara Turki yang patut dipersalahkan berikutan insiden tersebut," tambah kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata bahawa pegawai keselamatan Erdogan tidak mempunyai sebarang alasan untuk menyerang para penunjuk perasaan. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky