Hotel Milik Presiden Donald Trump Terbakar

Hotel Milik Presiden Donald Trump Terbakar

Kebakaran kecil berlaku di sebuah pangsapuri dalam pembinaan di Trump International Hotel and Tower awal pagi ini di Columbus Circle, menurut satu laporan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kebakaran kecil berlaku di sebuah pangsapuri dalam pembinaan di Trump International Hotel and Tower awal pagi ini di Columbus Circle, menurut satu laporan.

Kebakaran itu bermula sekitar 4.12 pagi waktu tempatan di tingkat 47 bangunan 52 tingkat itu di Central Park West. Pihak berkuasa memberitahu rangkaian WCBS, kebakaran itu berlaku apabila sebuah mesin di dalam sebuah pangsapuri yang sedang dalam pembinaan itu rosak.

Kebakaran memaksa pemindahan sebahagian daripada penghuni bangunan itu dan api hanya berjaya di kawal sekitar jam 5.20 pagi. Seorang penghuni dirawat kerana mengalami sesak nafas akibat terhidu asap.

Menurut Trump International Realty, menara kondominium pangsapuri 166 tingkat itu dibina pada 1996, menampilkan perkhidmatan gaya hotel, kelab kesihatan, kolam renang, sauna, bilik wap dan kemudahan lain.

Laman web syarikat itu menjelaskan, penghuni dari tingkat 23 hingga 52 boleh mengakses pintu masuk peribadi di Central Park West. - NEW YORK POST


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky