Insiden Tembakan Di Las Vegas, 50 Terbunuh

Seorang lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 50 orang dan mencederakan lebih 200 yang lain di dalam sebuah pesta musikal di Las Vegas Strip. Suspek menembak mangsa dari aras 32 sebuah hotel selama beberapa minit.

Foto: David Becker/ Getty Images

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 50 orang dan mencederakan lebih 200 yang lain di dalam sebuah pesta musikal di Las Vegas Strip. Suspek menembak mangsa dari aras 32 sebuah hotel selama beberapa minit.

Angka kematian yang disifatkan polis sebagai pengiraan awal itu akan menjadikan serangan terbabit sebagai insiden pembunuhan beramai-ramai paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat, mengatasi insiden pembunuhan 49 orang di kelab malam Orlando pada tahun lalu.

Ribuan pengunjung yang panik melarikan diri dari tempat kejadian sehingga ada yang dipijak ketika anggota keselamatan berusaha untuk mengesan dan membunuh lelaki bersenjata itu.

Ramai pengunjung konsert yang dalam keadaan terkejut dengan pakaian dibasahi darah kelihatan merayau-rayau di jalanan selepas serangan itu.

Sherif Clark County, Joseph Lombardo, memberitahu pemberita suspek adalah seorang lelaki tempatan Las Vegas bernama Stephen Craig Paddock yang bertindak sendirian dan dipercayai tiada kaitan dengan sebarang kumpulan militan.

Menurut pihak berkuasa, suspek yang berusia 64 tahun telah membunuh dirinya di aras 32 bangunan hotel dan kasino Mandalay Bay. Sekurang-kurangnya 10 pucuk laras senapang ditemui di bilik hotelnya.

"Kami tidak tahu apa kepercayaannya," kata Lombardo. "Pada masa ini kami percaya dia adalah satu-satunya pelaku (jenayah itu)."

Pihak berkuasa juga menyatakan bahawa wanita Asia bernama Marilou Danley yang merupakan rakan sebilik lelaki berkenaan tidak lagi menjadi perhatian mereka.

Pihak polis juga berkata bahawa mereka akan menggeledah rumah Paddock pada lewat hari Isnin.  

Sementara itu Presiden Donald Trump di dalam laman sosialnya mengungkapkan ucapan takziah beliau kepada mangsa dan keluarga mereka.

Kumpulan pengganas Takfiri Daesh di dalam agensi propaganda mereka yang dikenali sebagai Amaq mengaku bertanggungjawab ke atas pembunuhan tersebut. Akan tetapi dakwaan mereka tidak boleh dibuktikan setakat ini.  -Agensi

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky