Iran Patuhi Komitmen Mereka Terhadap Perjanjian Nuklear: Setiausaha Negara A.S

Iran Patuhi Komitmen Mereka Terhadap Perjanjian Nuklear: Setiausaha Negara A.S

Presiden Donald Trump telah memaklumkan Kongres bahawa Iran telah mematuhi dan memenuhi setiap tanggungjawab mereka berhubung perjanjian nuklear yang ditandatangani pada tahun 2015. Trump turut berkata bahawa pentadbirannya sedang melakukan penilaian ke atas penarikan sekatan yang sebelum ini dikenakan ke atas Iran untuk memastikan sama ada tindakan itu menguntungkan Amerika Syarikat ataupun tidak.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Donald Trump telah memaklumkan Kongres bahawa Iran telah mematuhi dan memenuhi setiap tanggungjawab mereka berhubung perjanjian nuklear yang ditandatangani pada tahun 2015. Trump turut berkata bahawa pentadbirannya sedang melakukan penilaian ke atas penarikan sekatan yang sebelum ini dikenakan ke atas Iran untuk memastikan sama ada tindakan itu menguntungkan Amerika Syarikat ataupun tidak.

Di dalam sepucuk surat kepada Paul Ryan yang merupakan speaker Dewan Perwakilan, Setiausaha Negara A.S , Rex Tillerson, berkata bahawa penilaian penuh sedang dibuat oleh pentadbiran Trump ke atas perjanjian nuklear yang dikenali sebagai JCPOA.

Mengikut kesepakatan yang wujud, Rumah Putih perlu menyerahkan dokumentasi berkaitan kepada Kongres setiap 90 hari untuk membuktikan komitmen Iran terhadap JCPOA. Dokumentasi pertama yang seumpamanya dikeluarkan oleh pentadbiran Trump.

Tillerson walau bagaimanapun menuduh Iran sebagai sebuah "negara yang utama yang menyokong keganasan menerusi pelbagai platform dan juga kaedah". Setiausaha Negara itu turut berkata bahawa pentadbiran Rumah Putih akan menilai semula perjanjian nuklear berasaskan tuduhan tersebut.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky