Jabatan Negara A.S Hentikan Sekatan Perjalanan Berikutan Keputusan Mahkamah

Jabatan Negara A.S Hentikan Sekatan Perjalanan Berikutan Keputusan Mahkamah

Pentadbiran Presiden Trump telah mengumumkan untuk mematuhi keputusan hakim persekutuan berkaitan arahan menghentikan polisi sekatan perjalanan yang dikeluarkan oleh pentadbiran tersebut sebelum ini. Perkara itu diumumkan oleh pendtabiran itu walaupun Trump sebelum ini telah mempersoalkan keputusan tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pentadbiran Presiden Trump telah mengumumkan untuk mematuhi keputusan hakim persekutuan berkaitan arahan menghentikan polisi sekatan perjalanan yang dikeluarkan oleh pentadbiran tersebut sebelum ini. Perkara itu diumumkan oleh pendtabiran itu walaupun Trump sebelum ini telah mempersoalkan keputusan tersebut.

"Kami telah menghentikan (proses) pembatalan visa sementara (yang dikeluarkan di ) bawah perintah eksekutif Trump," kata seorang jurucakap bagi Jabatan Negara Amerika Syarikat pada hari Sabtu. "Para inndividu yang memegang visa yang masih belum dibatalkan secara fizikal kini boleh meneruskan perjalanan jikalau visanya sah."

Jabatan Keselamatan Tanah Air turut mengumumkan bahawa mereka akan berhenti mengimplementasikan arahan tersebut yang tertakluk kepada warga negara dari 7 buah negara Islam. Para anggota jabatan tersebut akan hanya meneruskan pemeriksaan menurut polisi dan prosedur am.

Presiden Trump sebelum ini telah menandatangani sebuah arahan eksekutif yang mengenakan sekatan selama 90 hari kepada rakyat dari beberapa negara Islam daripada memasuki A.S. Arahan itu turut melarang kemasukan pelarian dari Syria. Trump mendakwa langkah itu perlu untuk mengelakkan bahaya keganasan yang dibawa oleh 'Islam radikal'.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini