Kami Tidak Akan Hantar Tentera Ke Syria: Trump

Kami Tidak Akan Hantar Tentera Ke Syria: Trump

Presiden Amerika Syarikat telah menafikan sebarang kemungkinan untuk menghantar tentera ke Syria dalam rangka memerangi kerajaan yang diterajui oleh Presiden Bashar Assad sambil menegaskan bahawa keutamaan Washington di negara itu adalah membasmi kumpulan Takfiri Daesh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat telah menafikan sebarang kemungkinan untuk menghantar tentera ke Syria dalam rangka memerangi kerajaan yang diterajui oleh Presiden Bashar Assad sambil menegaskan bahawa keutamaan Washington di negara itu adalah membasmi kumpulan Takfiri Daesh.

"Kami tidak akan pergi ke Syria. Polisi kami masih sama - perkara itu belum berubah. Kami tidak akan ke Syria," kata Trump kepada Fox News pada hari Selasa.

Komen itu dijangka akan menepis sebarang spekulasi yang timbul berikutan serangan peluru berpandu A.S ke atas pangkalan udara Syria pada beberapa hari lepas.

Pada 7 April lepas, dua buah kapal pemusnah A.S telah melancarkan 59 buah peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara al-Sha'irat yang terletak di wilayah Homs, Syria. Trump mendakwa serangan itu dibuat sebagai tindak balas ke atas serangan kimia di Idblib yang menurutnya dilakukan oleh tentera Damsyik.

Damsyik menafikan secara mutlak tuduhan itu sambil menegaskan bahawa mereka tidak akan mendapat sebarang manfaat dengan melancarkan serangan sedemikian.

Tindakan ketenteraan unilateral dan juga perubahan nada diplomatik A.S di kalangan para pegawai pentadbiran Trump berhubung masa hadapan Assad telah mewujudkan spekulasi yang mengatakan bahawa A.S dan sekutu Baratnya akan menghantar tentera ke bumi Syria.

"Misi besar kami adalah membasmi ISIS," kata Trump.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky