Kapal Kargo Hilang Bersama 16 Rakyat Filipina, 8 Korea Selatan

Kapal Kargo Hilang Bersama 16 Rakyat Filipina, 8 Korea Selatan

Sebuah kapal kargo yang membawa bersama 24 anak kapal disahkan hilang di perairan Uruguay.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah kapal kargo yang membawa bersama 24 anak kapal disahkan hilang di perairan Uruguay.

Pegawai dari Kementerian Luar Korea Selatan berkata, kapal itu terputus hubungan sejak semalam, sejurus selepas seorang anak kapal menghantar mesej ringkas memberitahu ia sudah dirampas.

Menurut pegawai itu, polis maritim Uruguay dan sebuah kapal komersial di perairan jiran melancarkan operasi mencari Stella Daisy yang meninggalkan pelabuhan Brazil pada 26 Mac lalu.

Pegawai terbabit yang enggan dikenali berkata, kapal itu membawa 16 rakyat Filipina dan lapan rakyat Korea Selatan. Katanya, tidak dapat dipastikan sama ada kapal itu karam atau jika kesemua anak kapal berjaya melepaskan diri. -AP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini