Kekecohan Meletus Di Perhimpunan Pro-Trump

Kekecohan Meletus Di Perhimpunan Pro-Trump

Perhimpunan pro-Donald Trump di selatan California menjadi kecoh selepas seorang lelaki bertopeng menyembur serbuk lada kepada seorang penganjur perempuan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perhimpunan pro-Donald Trump di selatan California menjadi kecoh selepas seorang lelaki bertopeng menyembur serbuk lada kepada seorang penganjur perempuan.

Perbuatannya itu menyebabkan penunjuk perasaan lain bertindak balas terhadapnya. Lelaki bertopeng itu disekat dan ditumbuk, namun kemudian berjaya melarikan diri.

Video kekecohan di Pantai Negeri Bolsa Chica dekat Los Angeles itu dipaparkan di Facebook, menunjukkan seorang lelaki menumbuk lelaki bertopeng terbabit.

"Ia adalah satu tindak balas yang pantas, kira-kira 12 orang semuanya," kata penganjur, Jennifer Sterling kepada Los Angeles Times mengenai penyelamat beliau. Jabatan Bomba Pantai Huntington berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadain itu.

Sementara itu, Trump, menerusi Twitter berkata: "Kepada semua yang menyertai perhimpunan Trump hari ini...sokongan yang mengagumkan." "Kita akan menjadikan Amerika hebat semula," tambahnya. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini