Konflik Besar-Besaran Dengan Pyonyang Hampir Pasti: Trump

Konflik Besar-Besaran Dengan Pyonyang Hampir Pasti: Trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran berhubung "konflik besar" dengan Korea utara yang dianggapnya sebagai sesuatu yang hampir pasti tercetus berikutan ketegangan yang timbul rentetan apa yang didakwa Washington sebagai program nuklear Pyongyang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran berhubung "konflik besar" dengan Korea utara yang dianggapnya sebagai sesuatu yang hampir pasti tercetus berikutan ketegangan yang timbul rentetan apa yang didakwa Washington sebagai program nuklear Pyongyang.

"Terdapat kemungkinan yang kita akan menghadapi sebuah konflik besar-besaran, konflik yang besar dengan Korea Utara. Sepastinya," kata Trump kepada Reuters pada hari Sabtu menjelang hari ke-100 beliau di dalam Rumah Putih.

Walau bagaimanapun, presiden A.S itu mengatakan bahawa beliau lebih cenderung untuk mengelakkan konfrontrasi ketenteraan sekaligus menyelesaikan isu tersebut secara aman.

"Kami suka untuk menyelesaikan isu ini secara diplomatik. Akan tetapi perkara itu sukar dicapai," katanya lagi.

Amaran Trump itu mengatasi kesemua bentuk ancaman yang dikeluarkan oleh para pegawai pentadbirannya sepanajng minggu lepas berikutan niat Pyongyang untuk melancarkan ujian nuklear ke-6 mereka.

Di dalam sebuah testimoni di hadapan panel kongres yang berlangsung pada hari Rabu, Laksamana Harry Harris yang mengetuai Pusat Perintah Pasifik A.S berkata bahawa perbalahan yang wujud di antara Washington dan Pyonyang adalah yang terburuk yang pernah dilihatnya setakat ini.

Pemerintah tentera A.S itu turut memberi amaran berhubung perkembangan ujian nuklear Korea Utara menunjukkan bahawa Pyongyang pada satu ketika pasti akan mempunyai kebolehan untuk melancarkan perluru nuklear balistik ke bumi A.S sendiri.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky