Krisis Syria Perlukan Penyelesaian Politik Dan Assad Tidak Perlu Pergi Dahulu: Penasihat Trump

Krisis Syria Perlukan Penyelesaian Politik Dan Assad Tidak Perlu Pergi Dahulu: Penasihat Trump

Penasihat keselamatan dalam negeri bagi Presiden Amerika Syarikat berkata bahawa Washington sedang mencari penyelesaian politik kepada konflik di Syria sambil menambah bahawa pentadbiran Trump tidak lagi mendesak peletakan jawatan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penasihat keselamatan dalam negeri bagi Presiden Amerika Syarikat berkata bahawa Washington sedang mencari penyelesaian politik kepada konflik di Syria sambil menambah bahawa pentadbiran Trump tidak lagi mendesak peletakan jawatan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Tom Bossert pada hari Khamis berkata bahawa krisis di Syria memerlukan sebuah penyelesaian politik dan bukan penyelesaian ketenteraan yang tidak memiliki strategi politik untuk mengisi kekosongan kuasa di negara Arab itu.

"Saya tidak fikir bahawa pemergian Assad terlebih dahulu penting buat kami," kata Bossert di Forum Keselamatan Aspen yang merupakan upacara perjumpaan tahunan bagi para pegawai perisikan dan keselamatan.

"A.S masih mahu melihat pemergian Assad pada masa tertentu. Perkara itu adalah natijah yang diidamkan oleh kami," tambahnya.

Pendekatan pentadbiran Trump dilihat berbeza dengan pentadbiran Obama yang sentiasa melaungkan slogan "Assad perlu pergi" di mana-mana forum antarabangsa.

Kenyataan Bossert itu dibuat selepas berita berhubung penghentian operasi sulit CIA di Syria tersebar. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky