Lagi Penumpang United Dihalau Keluar Pesawat

Lagi Penumpang United Dihalau Keluar Pesawat

Selepas insiden penumpang diheret keluar dari pesawatnya, United Airlines kelmarin menghalau pasangan bertunang dari Houston, Texas yang dalam perjalanan ke Costa Rica untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka, lapor media.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Selepas insiden penumpang diheret keluar dari pesawatnya, United Airlines kelmarin menghalau pasangan bertunang dari Houston, Texas yang dalam perjalanan ke Costa Rica untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka, lapor media.

Pasangan itu diarahkan keluar oleh seorang pegawai penguatkuasa persekutuan susulan pertikaian membabitkan tempat duduk. Menurut saluran KHOU 11 New di Houston, syarikat itu berkata, pasangan terbabit cuba mendapatkan tempat duduk lebih mahal tanpa bayaran dan tidak mematuhi arahan kru penerbangan.

United, dimiliki United Continental Holdings Inc bagaimanapun tidak memberikan ulasan berhubung insiden terbaru itu. Dalam satu temu bual dengan KHOU, Michael Hohl dan tunangnya, Amber Maxwell memberi kisah berbeza.

Hohl berkata, beliau dan Maxwell mendapati seorang penumpang lain berbaring di tempat duduk mereka selepas menjadi penumpang terakhir masuk pesawat.

Mereka kemudian terpaksa beralih ke tempat duduk kosong lain dalam kabin ekonomi beberapa baris dari tempat duduk asal, namun kru penerbangan menolak permohonan mereka untuk membayar caj tambahan.

United menjual tempat duduk itu sebagai 'ekonomi tambahan' dan memaklumkan mereka supaya kembali ke tempat duduk asal. "Kami beranggapan ia bukan masalah besar, kami bukan mahu menukar ke tempat duduk kelas pertama.

"Kami hanya mahu tempat duduk ekonomi tidak jauh dari tempat duduk asal," kata Hohl kepada KHOU. Seminggu lalu, doktor berketurunan Vietnam-AS Dr David, Dao, 69, yang dilihat dalam video diheret keluar dalam penerbangan United dalam keadaan berdarah bakal menyaman syarikat penerbangan itu, kata peguamnya Khamis lalu. -Reuters


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky