Larangan Trump Kekal?

Larangan Trump Kekal?

Draf larangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang disemak semula masih menyasarkan tujuh negara sama dalam perintah eksekutif asal dan hanya mengecualikan individu yang mempunyai visa untuk memasuki negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Draf larangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang disemak semula masih menyasarkan tujuh negara sama dalam perintah eksekutif asal dan hanya mengecualikan individu yang mempunyai visa untuk memasuki negara itu.

Pegawai kanan pentadbiran memaklumkan, semakan semula itu dibuat selepas Mahkamah Persekutuan menggantung perintah eksekutif, namun masih kekalkan larangan sama ke atas tujuh negara majoriti Islam iaitu Iran, Iraq, Syria, Yaman, Somalia, Sudan dan Libya.

"Pemegang kad hijau dan dua kerakyatan AS serta negara dalam senarai adalah dikecualikan. Draf baru itu juga, tidak lagi mengarahkan pihak berkuasa untuk menolak permohonan visa baru pelarian Syria," kata pegawai itu lagi yang enggan identitinya didedahkan.


Jelasnya, sebarang perubahan tertakluk menjelang proses tandatangani perintah eksekutif baharu yang dijangka Trump pada minggu ini.

Bagaimanapun, jurucakap Rumah Putih, Sarah Huckabee Sanders memberitahu, dokumen yang tersebar itu adalah draf dan versi akhir akan didedahkan tidak lama lagi.

Sementara itu, Wall Street Journal melaporkan draf semakan semula perintah eksekutif itu masih memberi tumpuan kepada tujuh negara sama tetapi mengecualikan pemegang kad hijau. - AP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky