Lelaki Sikh Mangsa Terbaru Jenayah Benci Di AS

Lelaki Sikh Mangsa Terbaru Jenayah Benci Di AS

Pihak berkuasa tempatan menyiasat kes tembakan seorang lelaki berketurunan Sikh, lapor media semalam, beberapa hari selepas jurutera dari India ditembak mati di Kansas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa tempatan menyiasat kes tembakan seorang lelaki berketurunan Sikh, lapor media semalam, beberapa hari selepas jurutera dari India ditembak mati di Kansas.

Mangsa, 39, berada di perkarangan rumahnya di Kent, Washington di selatan Seattle, apabila seorang lelaki muncul lewat kelmarin memakai topeng dan memegang senjata.

Akhbar Seattle Times melaporkan lelaki berkenaan berkata 'Balik ke negara kamu' selepas bertikam lidah dengan mangsa, sebelum memicit picu, menyebabkan tembakan terkena lengan mangsa.

Pihak berkuasa menyiasat kejadian itu sebagai jenayah benci. Laporan juga menyebut polis terus membunuh penyerang.
Pemimpin komuniti Sikh berhampiran Seattle, Jasmit Singh, memberitahu akhbar itu mangsa sudah dibenarkan keluar dari hospital.

"Beliau dan mangsanya terkejut dengan kejadian itu. Kami tidak tahu menggambarkan apa yang berlaku ketika ini. "Kebencian yang diciptakan tidak membezakan sesiapa," katanya. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky