Menara Trump Terima Ancaman Bom Setiap Hari

Menara Trump Terima Ancaman Bom Setiap Hari

Jabatan Polis New York (NYPD) menjadi ‘tidak menang tangan’ apabila menerima panggilan palsu berhubung ugutan bom di Menara Trump, New York sejak Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 20 Januari lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jabatan Polis New York (NYPD) menjadi ‘tidak menang tangan’ apabila menerima panggilan palsu berhubung ugutan bom di Menara Trump, New York sejak Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 20 Januari lepas.

Portal TMZ melaporkan, panggilan palsu berhubung kewujudan bom dalam bangunan itu amat ‘memeningkan’ NYPD selain mencetuskan rasa panik dalam kalangan pekerja dan pengunjung di lokasi tersebut.

Laporan menyebut, ada juga panggilan yang dilakukan oleh suspek yang sama dengan membuat panggilan palsu tiga kali berturut-turut dalam minggu sama Trump mengangkat sumpah.

Saban hari pegawai NYPD dan Jabatan Risikan akan menjalankan operasi bagi memastikan keselamatan sentiasa terjamin termasuk menggunakan perkhid­matan anjing pengesan bom bagi memeriksa setiap beg yang dibawa keluar atau masuk.

TMZ mendedahkan setiap tindakan itu juga memerlukan kos, tenaga pekerja dan masa yang banyak selain pembaziran hanya kerana menerima panggilan palsu berhubung adanya bom dipasang di sekitar dan dalam menara tersebut.

Usaha TMZ menghubungi NYPD bagi penjelasan berhubung pendedahan itu juga tidak membuahkan hasil kerana mereka tidak mahu memberikan sebarang komen.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini