Menteri Luar Iraq Gesa A.S Batalkan Sekatan Imigresen Ke Atas Keseluruhan Negara Islam

Menteri Luar Iraq Gesa A.S Batalkan Sekatan Imigresen Ke Atas Keseluruhan Negara Islam

Iraq menggesa Washington untuk menghormati kehormatan enam negara bermajoritikan penduduk beragama Islam yang tertakluk kepada akta larangan memasuki negara Amerika Syarikat sekaligus mengeluarkan mereka daripada senarai hitam yang sebelum ini diwartakan oleh Rumah Putih sendiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iraq menggesa Washington untuk menghormati kehormatan enam negara bermajoritikan penduduk beragama Islam yang tertakluk kepada akta larangan memasuki negara Amerika Syarikat sekaligus mengeluarkan mereka daripada senarai hitam yang sebelum ini diwartakan oleh Rumah Putih sendiri.

"A.S telah mengambil keputusan keputusan yang tepat (dengan mengeluarkan Iraq daripada senarai negara-negara yang tertakluk kepada larangan tersebut). Akan tetapi, saya beharap bahawa pentadbiran Presiden Donald Trump akan menarik balik sekatan itu(secara mutlak)."

"Kehormatan dan kedaulatan setiap daripada negara tersebut perlu dijaga dan dihormati. Negara yang bersifat demokratik sepatutnya membuka pintu kepada mereka," kata Menteri Luar Iraq, Ibrahim al-Ja’afari.

A.S mengeluarkan Baghdad daripada senarai larangan selepas Iraq bertindak berkongsi data tertentu berkaitan beberapa individu dan dalam masa yang sama mematuhi aturan permohonan visa yang ditetapkan oleh A.S.

Bulan lalu, Presiden Donald Trump telah menandatangani sebuah arahan eksekutif yang melarang kemasukan rakyat dari beberapa negara bermajoritikan penduduk Muslim termasuk Iraq, Iran, Libya, Syria, Somalia, Sudan dan Yemen.

Arahan itu kemudiannya berhadapan dengan tentangan domestik dan juga antarabangsa sebelum disekat oleh Mahkamah Persekutuan melalui saluran perundangan. Pada hari Isnin lepas, Trump walau bagaimanapun menandatangani sebuah arahan baharu yang menggantikan arahan tersebut, lapor Press TV.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky