Mike Pence Jadi Perhatian

Mike Pence Jadi Perhatian

Belum pun reda dengan desakan supaya Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Jeff Sessions meletak jawatan selepas didakwa ‘berbohong’ tentang perhubungannya dengan Duta Rusia ke AS, Sergey Kislyak, pentadbiran Donald Trump kini dihantui pula oleh dakwaan bahawa Naib Presidennya, Mike Pence pernah menggunakan emel peri­badi untuk urusan perniagaan awam ketika menjadi Gabenor di India­na.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Belum pun reda dengan desakan supaya Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Jeff Sessions meletak jawatan selepas didakwa ‘berbohong’ tentang perhubungannya dengan Duta Rusia ke AS, Sergey Kislyak, pentadbiran Donald Trump kini dihantui pula oleh dakwaan bahawa Naib Presidennya, Mike Pence pernah menggunakan emel peri­badi untuk urusan perniagaan awam ketika menjadi Gabenor di India­na.

Pence pernah mengkritik pencabar Trump semasa pilihan raya lalu, Hillary Clinton kerana menggunakan pelayan emel peribadi untuk hubungan rasmi iaitu skandal yang menghantuinya sepanjang kempen pilihan raya tahun lalu.

Wartawan yang membongkar isu Pence itu, Tony Cook memberitahu CNN bahawa jurucakap Pence 'tidak pula menonjolkan sebarang perbandingan antara isu skandal emel Hillary dan akaun emel terbabit’.

Menurut laporan media tempatan, emel itu diperoleh akhbar harian Indianapolis Star menunjukkan Pence menggunakan akaun peribadi, yang dikatakan pernah digodam pada musim panas lalu, untuk membincangkan 'isu sensitif’ dan 'isu keselamatan negara’.

Akhbar itu memaklumkan, siasatan yang dilakukan akhbar tersebut telah mendapat maklum balas dari pejabat Naib Presiden yang kemudian menegaskan, 'Mike Pence mengekalkan akaun emel negara dan peribadi’.

“Sebagai gabenor, Pence mematuhi undang-undang Indiana berhubung penggunaan dan pengekalan emel itu,’’ kata pihak pejabat itu kepada akhbar ber­kenaan.

Tambah mereka, emel kerajaan melibatkan akaun negara dan peribadi Naib Presiden itu telah dimasukkan ke dalam arkib oleh kerajaan sejajar undang-undang Indiana dan dikendalikan mengikut Akses Indiana terhadap Akta Rekod Awam.

Pejabat Pence turut memaklumkan kepada akhbar tersebut, pasukan kempen ketuanya itu telah memutuskan untuk membenarkan khidmat nasihat peguam luar memindahkan emel peribadi yang melibatkan urusan perniagaan awam negara ini.

Sementara itu, pembantu kanan Presiden AS, Donald Trump yang juga menantunya, Jared Kushner dan bekas penasihatnya, Michael Flynn dikatakan telah bertemu dengan Kislyak ketika hubungan pentadbiran Trump dan Rusia sedang dipantau rapi.

Menurut seorang pegawai kanan pentadbiran, mereka bertemu pada bulan Disember tahun lalu di Menara Trump dalam pertemuan yang disifatkan sebagai 'pertemuan perkenalan’ dan 'sapaan yang tidak penting’.

Pertemuan itu dikatakan berlangsung kira-kira 10 minit.– AFP/CNN


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky