Nicolas Maduro Naikkan Gaji Minimum Dan Beri Rumah Sebelum Protes 1 Mei

Nicolas Maduro Naikkan Gaji Minimum Dan Beri Rumah Sebelum Protes 1 Mei

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro telah menaikkan gaji minimum di negara itu sebanyak 60 peratus dan dalam masa yang sama memberikan ratusan buah rumah kepada rakyatnya ketika ketegangan terus meningkat di negara Amerika Latin tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro telah menaikkan gaji minimum di negara itu sebanyak 60 peratus dan dalam masa yang sama memberikan ratusan buah rumah kepada rakyatnya ketika ketegangan terus meningkat di negara Amerika Latin tersebut.

"Kami berada di sini untuk menjaga golongan pekerja, mereka yang paling merendah diri dan bukannya orang yang mempunyai hakistimewa dan berkuasa," kata Maduro kepada rakyatnya menerusi siaran televisyen.

Kenaikan gaji itu adalah yang ketiga dilaporkan di negara itu sepanjang tahun dan kali ke lima belas sejak Maduro memegang tampuk kekuasaan di negara itu.

Para pegawai di beberapa buah negeri turut menyerahkan kunci rumah kepada rakyat jelata. Rumah-rumah itu sebahagiannya dibina dengan biaya yang dibekalkan oleh China. TIndakan itu menjadikan jumlah keseluruhan rumah awam yang dibina di bawah program yang dimulakan oleh bekas Presiden Hugo Chavez kepada 1.6 juta unit.

Protes anti-kerajaan di Venezuela tercetus pada 1 April lepas apabila Mahkamah Tinggi negara itu mengambil keputusan untuk melucutkan kuasa kongres yang dikuasai oleh pembangkang. Tindakan itu mencetuskan kemarahan sebahagian rakyat Venezuela yang kemudiannya turun ke jalan raya untuk membantah keputusan itu. Sebuah protes turut dijadualkan pada hari buruh.

/315


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky