Obama Terima $400k Untuk Beri Ucapan

Obama Terima $400k Untuk Beri Ucapan

Barrack Obama akan menerima USD 400, 000 di atas ucapan berbayar pertamanya, dakwa sebuah laporan sekaligus membayangi kepulangan bekas Presiden itu ke khalayak umum.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Barrack Obama akan menerima USD 400, 000 di atas ucapan berbayar pertamanya, dakwa sebuah laporan sekaligus membayangi kepulangan bekas Presiden itu ke khalayak umum.

Obama akan dibayar dengan sejumlah wang yang besar untuk memberikan ucapan di dalam sebuah sidang penjagaan kesihatan pada bulan September ini, lapor Fox News pada hari Isnin.

Cantor Fitzgerald, sebuah firma kewangan di New York yang menganjurkan perhimpunan itu telah meminta Obama untuk menyampaikan ucapan utama khususnya kerana bekas Presiden A.S itu pernah menandatangani undang-undang penjagaan kesihatan yang dikenali sebagai Obamacare.

Berita berhubung ucapan berbayar itu timbul selepas beliau memecahkan kebisuannya yang berlanjutan selama tiga bulan sejak Presiden Donald Trump memasuki Rumah Putih dengan memberi ucapan 'percuma' di Universiti Chicago.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky