Parlimen Britain Sokong Usul Pilihanraya Awal Daripada Theresa May

Parlimen Britain Sokong Usul Pilihanraya Awal Daripada Theresa May

Parlimen Britain telah mengundi untuk menyokong usul Perdana Menteri Theresa May untuk mempercepatkan pilihanraya umum di negara itu. Hampir kesemua ahli parlimen menyokong perkara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Parlimen Britain telah mengundi untuk menyokong usul Perdana Menteri Theresa May untuk mempercepatkan pilihanraya umum di negara itu. Hampir kesemua ahli parlimen menyokong perkara itu.

Seramai 522 orang penggubal undang-undang negara itu mengundi untuk menyokong usul tersebut manakala 13 yang lain menentangnya.

Pilihanraya tersebut akan dianjurkan pada 8 Jun iaitu setahun selepas 52 peratus warga Britain memilih untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Parlimen sekarang akan dibubarkan pada 3 Jun nanti.

Pada hari Selasa, May membuat pengumuman mengejut dengan mengatakan bahawa beliau akan mengusulkan pilihanraya awal iaitu kurang separuh penggal daripada tempoh 5 tahun yang dibenarkan bagi sesebuah pentadbiran sebelum pilihanraya baharu dilangsungkan.

Beliau berbuat demikian dalam rangka mencari mandat yang lebih kuat untuk meneruskan proses mengeluarkan Britain daripada EU.

/315


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky