Pemimpin Minoriti Senat A.S Akan Mengundi Menentang Penjualan Senjata Kepada Arab Saudi

Pemimpin Minoriti Senat A.S Akan Mengundi Menentang Penjualan Senjata Kepada Arab Saudi

Pemimpin Minoriti Senat Amerika Syarikat, Charles Schumer bekata bahawa dia akan mengundi untuk menentang penjualan senjata bernilai USD 110 bilion kepada Arab Saudi memandangkan rejim itu menyokong kumpulan pengganas menerusi "hubungannya dengan pemikiran Wahhabisme."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Minoriti Senat Amerika Syarikat, Charles Schumer bekata bahawa dia akan mengundi untuk menentang penjualan senjata bernilai USD 110 bilion kepada Arab Saudi memandangkan rejim itu menyokong kumpulan pengganas menerusi "hubungannya dengan pemikiran Wahhabisme."

Schumer membuat komen itu di dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin. Beliau berkata bahawa dirinya bersedia untuk menyokong langkah tersebut di Senat seawal minggu ini kerana rekod buruk Arab Saudi di dalam perspektif hak asasi manusia dan sokongan mereka kepada keganasan.

"(Sebarang kebimbangan yang terkait dengan) hak asasi manusia dan kemanusiaan itu sendiri telah direkodkan dengan baik dan kesemuanya adalah penting," kata pemimpin Minoriti Senat itu.

"Sebuah perkara yang sama pentingnya bagi saya adalah sokongan dan persekongkolan berterusan Arab Saudi dengan keganasan menerusi hubungannya dengan pemikiran Wahhabisme dan penyaluran dana kepada institusi pendidikan yang menyebarkan propaganda ektremis tersebut di seluruh dunia," tambahnya.

Resolusi yang menentang penjualan senjata itu diusulkan oleh para senator daripada kedua-dua parti pada penghujung bulan Mei dan para penggubal undang-undang A.S dijangka akan mengundi untuk menyatakan sokongan ataupun bantahan terhadap usul itu pada hari Selasa ini.

Walau bagaimanapun, usul yang mencadangkan sekatan jualan ke atas beberapa perkakasan ketenteraan itu dijangka tidak akan mendapat restu Senat A.S memandangkan sebuah resolusi yang hampir sama pernah ditolak oleh badan tersebut beberapa bulan sebelum Presiden Obama meninggalkan Rumah Putih.

Senator daripada Parti Demokrat, Chris Murphy yang terlibat di dalam menulis usul itu berkata bahawa cadangan itu dijangka akan "menarik lebih banyak sokongan" berbanding usul yang lepas.

"Peperangan di Yaman mewujudkan ancaman kepada keselamatan negara Amerika Syarikat," katanya kepada para wartawan.

"Senjata ini akan meningkatkan lagi bencana kemanusiaan yang wujud di Yaman."

Trump pada bulan lepas mengumumkan tentang perjanjian penjualan senjata bernilai USD 110 bilion kepada Arab Saudi dengan pilihan untuk penjualan tambahan yang akan mencecah angka USD 350 bilion dalam masa 10 tahun.

Arab Saudi menyokong pengganas Takfiri sejak tahun 2011 di dalam konflik Syria yang menyebabkan ratusan ribu orang terbunuh setakat ini. Operasi ketenteraan rejim Riyadh di Yaman turut mengakibatkan 12,000 orang terbunuh di sana.

Di dalam masa yang sama, beberapa badan hak asasi manusia turut menyatakan kekesalan mereka berhubung rekod hak asasi di negara bermonarki mutlak itu khususnya layanan buruk rejim ke atas puak minoriti Syiah. Mereka turut membidas campur tangan ketenteraan Riyadh di dalam kebangkitan rakyat Bahrain. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky