Pertemuan Setiausaha Negara A.S Dengan Moscow Sangat Berjaya; Presiden Trump

Pertemuan Setiausaha Negara A.S Dengan Moscow Sangat Berjaya; Presiden Trump

Pertemuan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson dengan pihak Rusia di Moscow disifatkan oleh Presiden Donald Trump sebagai "sangat berjaya." Menurut sumber diplomatik, pertemuan itu banyak memfokuskan isu di Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertemuan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson dengan pihak Rusia di Moscow disifatkan oleh Presiden Donald Trump sebagai "sangat berjaya." Menurut sumber diplomatik, pertemuan itu banyak memfokuskan isu di Syria.

"Saya rasa pertemuan beliau (Tillerson) di Rusia sangat berjaya. Kita akan lihat, kita akan lihat natjiah akhirnya yang mungkin akan mengambil masa yang lama. Akan tetapi yang pentingnya adalah natijah akhirnya, bukan dialog semata-mata," kata Trump pada hari Rabu di dalam sebuah sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Agung NATO, Jeneral Jens Stoltenberg.

Presiden A.S itu turut mengatakan bahawa beliau akan memeprolehi butiran terperinci dialog Tillerson dengan pihak Rusia kemudiannya.

"Saya berpendapat, berdasarkan apa yang saya dengar ialah kesemuanya berjalan lancar, mungkin lebih baik daripada apa yang dijangkakan," kata Presiden A.S itu.

Trump turut menegaskan betapa baiknya pemulihan hubungan Washington-Moscow dan juga hubungan Amerika dengan negara-negara lain dalam rangka mewujudkan kestabilan di seluruh dunia.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov dan juga Presiden Rusia sendiri, Vladimir Putin pada hari Rabu. Kedua-dua pihak membincagkan isu yang pelbagai di dalam pertemuan bersejarah itu.

Sumber diplomatik mengatakan bahawa isu Syria mendominasi perbincangan itu.

"Mereka memfokuskan isu Syria. Bahkan 99 peratus daripada perbincangan itu dikhususkan untuk perkara tersebut," kata seorang sumber.

Sumber itu turut berkata bahawa Lavrov dan Tillerson jarang sekali berbual berhubung Ukraine -sebuah isu sensitif di antara Barat dan Moscow semasa pentadbiran Obama.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky