Rakyat Kanada Dipenjara 9 Tahun Cuba Sertai Daesh

Rakyat Kanada Dipenjara 9 Tahun Cuba Sertai Daesh

Seorang rakyat Kanada dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun selepas didapati cuba meninggalkan negara itu untuk menyertai kumpulan militan Daesh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang rakyat Kanada dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun selepas didapati cuba meninggalkan negara itu untuk menyertai kumpulan militan Daesh.

Ismael Habib, 29, individu pertama didapati bersalah dalam perbicaraan di bawah undang-undang larangan meninggalkan Kanada untuk melakukan keganasan.

"Ini bukan manipulasi orang dewasa untuk tujuan projek utopia atau tidak rasional. Sebaliknya, ia dilakukan dengan penuh kesedaran terhadap objektif militan Daesh dan kaedah yang digunakan.

"Tertuduh mempelbagaikan ikhtiarnya untuk pergi ke Syria menyertai Daesh. Rancangannya pergi ke sana bukan untuk peranan yang pasif. Dia bersedia melakukan apa saja demi Daesh termasuk membunuh," kata Hakim Mahkamah Quebec, Serge Delisle.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada tertuduh kerana cuba meninggalkan Kanada di bawah undang-undang keganasan 2013 dan penjara setahun kerana memberikan maklumat palsu untuk mendapatkan pasport. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Liputan Khas Kesyahidan  Pemimpin Tentera Islam  Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini