Rand Paul Usul Rang Undang-Undang Halang Penjualan Senjata Ke Arab Saudi

Rand Paul Usul Rang Undang-Undang Halang Penjualan Senjata Ke Arab Saudi

Senator Amerika Syarikat, Rand Paul menggesa pihak terbabit untuk menentang perjanjian penjualan senjata di antara pentadbiran Trump dengan Arab Saudi yang bernilai USD 110 bilion dengan menyatakan jenayah Arab Saudi ke atas Yaman dan rekod buruk negara Arab itu dari aspek hak asasi manusia sebagai alasan kepada tindakannya itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Senator Amerika Syarikat, Rand Paul menggesa pihak terbabit untuk menentang perjanjian penjualan senjata di antara pentadbiran Trump dengan Arab Saudi yang bernilai USD 110 bilion dengan menyatakan jenayah Arab Saudi ke atas Yaman dan rekod buruk negara Arab itu dari aspek hak asasi manusia sebagai alasan kepada tindakannya itu.

"Bagaimana buruknya situasi di Yaman? 17 juta warganya hidup di ambang kebuluran," kata beliau di Capitol Hill pada hari Selasa.

"Apa yang orang katakan tentang Yaman? tanya Paul. "Mereka berkata bahawa krisis kemanusiaan di Yaman mungkin lebih teruk daripada situasi di Syria. Biar saya ulang perkara itu kerana tiada yang mendengar perkara ini di Amerika Syarikat...," katanya lagi.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani perjanjian penjualan senjata dengan Riyadh ketika lawatan sulungnya ke Arab Saudi. -ABNA24

/315


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky