Saya Sedang Disiasat Kerana Memecat Pengarah FBI: Trump

Saya Sedang Disiasat Kerana Memecat Pengarah FBI: Trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata beliau sedang disiasat kerana menghalang keadilan sekaligus mengesahkan laporan-laporan sebelum ini yang melaporkan bahawa Pensihat Khas, Robert Mueller sedang memantau siasatan berhubung dakwaan campur tangan Rusia di dalam pilihan raya A.S.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata beliau sedang disiasat kerana menghalang keadilan sekaligus mengesahkan laporan-laporan sebelum ini yang melaporkan bahawa Pensihat Khas, Robert Mueller sedang memantau siasatan berhubung dakwaan campur tangan Rusia di dalam pilihan raya A.S.

"Saya disiasat kerana memecat Pengarah FBI oleh individu yang menasihati saya untuk memecat Pengarah FBI itu! Pemburuan ahli sihir," tulis Trump di dalam laman sosialnya.

Trump tidak menyatakan dengan jelas berhubung individu yang dimaksudkannya itu. Akan tetapi, kemungkinan besar beliau merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Am, Rod Rosenstein ataupun Mueller. Individu itu sedang menyiasat sama ada Trump telah menghalang keadilan apabila memecat bekas Pengarah FBI, James Comey pada bulan lepas.

Rosenstein pada bulan lepas menulis sekeping memo kepada Trump yang menyatakan kebimbangannya berhubung dengan prestasi Comey. Akan tetapi, Trump telahpun menegaskan bahawa beliau telahpun membuat keputusan untuk memecat Comey.

Rumah Putih turut mengesahkan bahawa Mueller adalah salah seorang calon yang dipertimbangkan Trump untuk menggantikan Comey. Sehari selepas itu, Rosenstein melantik Mueller sebagai penasihat khas.

Tump juga pada hari Jumaat menulis bahawa selepas penyiasatan yang seudah berlanjutan selama beberapa bulan, tiada siapapun yang berjaya menunjukkan sebarang bukti berhubung kesepakatannya dengan Moscow.

Trump menulis, "Selepas sisatan selama 7 bulan serta pendengaran kongres berkenaan 'kesepakatan saya dengan Rusia', tiada siapapun yang mampu menunjukkan sebarang bukti. Menyedihkan!"

"Mereka mereka cerita palsu berhubung kesepakatan dengan Rusia, gagal menemui sebarang bukti dan sekarang mereka berpindah kepada isu menghalang keadilan ke atas cerita palsu tersebut. Bagus," tulis Trump. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky