Seorang Lelaki Berkulit Putih Memekikkan Mesej Kebencian Sebelum Tikam Dua Mangsa Sehingga Mati

Seorang Lelaki Berkulit Putih Memekikkan Mesej Kebencian Sebelum Tikam Dua Mangsa Sehingga Mati

Seorang lelaki yang memekikkan retorik anti-Islam di hadapan dua orang wanita di dalam sebuah gerabak keretapi di Oregon, Amerika Syarikat telah menikam mati dua orang penumpang yang cuba campur tangan di dalam insiden itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang lelaki yang memekikkan retorik anti-Islam di hadapan dua orang wanita di dalam sebuah gerabak keretapi di Oregon, Amerika Syarikat telah menikam mati dua orang penumpang yang cuba campur tangan di dalam insiden itu.

Pihak polis di bandar Portland yang menukilkan para saksi berkata bahawa seorang lelaki berkulit putih pada hari Jumaat petang mula menjerit ke arah dua orang penumpang wanita muslim yang memakai hijab kepala dengan mengucapkan kata-kata berisis mesej-mesej kebencian.

Pihak polis turut mengatakan bahawa para mangsa cuba untuk menghentikan tindakan kasar suspek ke atas penumpang lain. Akan tetapi, mereka diserang dengan ganas oleh suspek.

Serangan itu berlaku di ambang bulan Ramadhan yang dianggap suci oleh penganut agama Islam. Menurut jurucakap Polis Portland, Pete Simpson, pihaknya telahpun cuba menghubungi pertubuhan-pertubuhan Islam, masjid dan para imam untuk berbincang berhubung penyambungan rondaan tambahan di bulan Ramadhan.

Menurut pihak polis, para pegawai mereka beritndak balas kepada sebuah panggilan dari Stesyen Transit Hollywood yang terletak di timur Portland pada jam 4;30 p.m waktu tempatan ketika menemui tiga orang mangsa tikaman yang mana kesemua mereka adalah lelaki. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky