Serangan Berkembar Di Tehran, Trump Salahkan Mangsa

Serangan Berkembar Di Tehran, Trump Salahkan Mangsa

Presiden Amerika Syarikat sekali lagi mengulangi dakwaan tanpa buktinya yang mengatakan bahawa Republik Islam Iran menaja keganasan di sebalik kenyataan bahawa Tehran baharu sahaja menyaksikan serangan berkembar pada hari Rabu semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat sekali lagi mengulangi dakwaan tanpa buktinya yang mengatakan bahawa Republik Islam Iran menaja keganasan di sebalik kenyataan bahawa Tehran baharu sahaja menyaksikan serangan berkembar pada hari Rabu semalam.

Presiden itu turut membuat komen yang bercanggah berhubung serangan berkembar terebut. Trump di satu sudut menyatakan sokongannya kepada warga Iran. Akan tetapi, di satu sudut yang lain, hartawan tersebut menyalahkan mangsa berikutan serangan itu.

Kumpulan Takfiri Daesh setakat ini telah mengaku bertanggungjawab ke atas serangan yang menyasarkan bangunan parlimen dan Makam Imam Khomeini itu.

Trump di dalam komennya menuding jari ke arah Tehran berikutan serangan itu. Presiden itu mengatakan bahawa Tehran sendiri adalah penaja keganasan di sebalik kenyataan bahawa Amerika Syarikat juga kadang-kala menjadi mangsa serangan pengganas.

"Kami menekankan bahawa negara-negara yang menaja keganasan juga berhadapan dengan risiko menjadi mangsa kepada kejahatan yang disebarkan mereka," dakwa Trump.

Jurucakap Jabatan Negara A.S, Heather Nauert sebelum itu telah mengeluarkan kenyataan yang lebih ramah sambil menegaskan bahawa "Kebejatan keganasan tidak mempunyai tempat di dalam dunia yang aman dan bertamadun."

Sementara itu, pertubuhan NGO yang berpusat di Washington D.C, National Iranian American Council turut menyuarakan sokongan mereka kepada warga Iran berikutan serangan berdarah itu.

"Kami menyokong warga Iran yang berulang-kali menunjukkan dedikasi mereka ke atas nilai-nilai toleransi dan diplomatik di sebalik kesukaran yang mereka hadapi. Kami juga menegaskan bahawa pentadbiran yang tidak mampu merasai kepahitan yang dilalui oleh manusia menghadapi risiko kehilangan (nilai-nilai) kemanusiaan mereka dan presiden yang tidak berupaya mengenal perbezaan di antara mangsa dan keganasan itu sendiri sama sekali tidak berkemampuan untuk mengetuai peperangan menentang keganasan." -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky