Spicer Periksa Telefon Bimbit Staf Rumah Putih

Spicer Periksa Telefon Bimbit Staf Rumah Putih

Setiausaha Media Sean Spicer bertindak memeriksa telefon bimbit pembantunya bagi memastikan mereka tidak berkomunikasi dengan media sebagai sebahagian usaha agresif membendung kebocoran maklumat keluar dari Rumah Putih.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Media Sean Spicer bertindak memeriksa telefon bimbit pembantunya bagi memastikan mereka tidak berkomunikasi dengan media sebagai sebahagian usaha agresif membendung kebocoran maklumat keluar dari Rumah Putih.

Tindakan itu bagi mengelak sebarang maklumat sampai kepada media seminggu selepas Presiden Donald Trump secara keras mengkritik pengamalnya kerana menggunakan sumber tidak dinamakan dalam berita dan melahirkan kekecewaan meningkatnya terhadap perkongsian maklumat tidak sah oleh individu dalam pentadbirannya.

Minggu lalu, selepas Spicer menyedari maklumat berhubung pertemuan dengan 12 kakitangan komunikasinya bocor, beliau mengumpulkan kumpulan itu dalam pejabatnya dan melahirkan kekecewaan bagaimana perbualan persendirian dan mesyuarat didedahkan dalam berita, menurut sumber dalam bilik terbabit.

Ketika memasuki pejabat Spicer dalam taklimat digambarkan sebagai 'mesyuarat tergempar,' kakitangan diarah meletakkan telefon bimbit di atas meja untuk satu 'pemeriksaan' bagi membuktikan tiada maklumat disembunyikan.

Spicer yang berunding dengan peguam Rumah Putih Don McGahn sebelum memanggil mesyuarat itu, ditemani peguam berkenaan dalam bilik, menurut pelbagai sumber.

Di sana, beliau secara terperinci memberi amaran kepada kakitangan daripada menggunakan aplikasi mesej teks seperti Confide, aplikasi mesej sulit yang secara automatik memadamnya selepas dihantar serta Signal, satu lagi sistem mesej sulit, yang dianggap melanggar Akta Rekod Presiden, menurut pelbagai sumber dalam bilik.

Pemeriksaan telefon itu termasuk apa saja barangan elektronik dibawa kakitangan apabila dipanggil termasuk milik kerajaan dan peribadi. -CNN


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky