Strategi Trump Di Syria Berasakan "Andaian": Senator Rubio

Strategi Trump Di Syria Berasakan

Seorang Senator Amerika Syarikat, Marco Rubio berkata bahawa dia khuatir dengan strategi pentabiran Trump yang menurutnya dilakar berasaskan "andaian."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang Senator Amerika Syarikat, Marco Rubio berkata bahawa dia khuatir dengan strategi pentabiran Trump yang menurutnya dilakar berasaskan "andaian."

"Saya sedikit khuatir berhubung strategi (mereka) berdasarkan apa yang saya fahami. Saya berpendapat bahawa perkara itu dibuat berdasarkan andaian yang mana secar jujurnya bukanlah sesuatu yang tepat," kata ahli parti Republikan dari Florida itu.

Strategi Trump berhubung Syria kini mendapat perhatian umum berikutan arahannya yang menyaksikan tentera Amerika Syarikat melancarkan 59 buah peluru berpandu ke atas pangkalan udara Syria pada hari Jumaat lepas.

Trump mendakwa bahawa operasi itu dilancarkan sebagai tindak balas kepada tindakan Presiden Bashar Assad yang menurutnya telah melancarkan serangan kimia di Idlib dari pangkalan udara itu.

Kerajaan Syria menafikan secara mutlak dakwaan itu dan mengatakan bahawa mereka tidak akan mendapat sebarang keuntungan daripada tindakan sedemikian.

Pentadbiran Trump setakat ini gagal membekalkan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan mereka itu.

Di masa yang sama, Rusia mendakwa bahawa serangan udara di Khan Shaykhun yang melibatkan pesawat Syria telah mengenai pusat simpanan senjata kimia yang dioperasikan oleh pengganas. 

Rubio yang merupakan salah seorang daripada calon yang mencabar Trump di dalam pemilihan dalaman parti Republikan berkata bahawa "perlu wujud sebuah strategi yang dibuat berdasarkan realiti."

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini