Suspek Kejadian Menembak Di Kansas Kata Dia Telah Membunuh 'Orang Iran'

Suspek Kejadian Menembak Di Kansas Kata Dia Telah Membunuh 'Orang Iran'

Seorang bekas anggota Tentera Laut Amerika Syarikat ditahan kerana menembak dua orang jurutera teknologi yang berasal dari India dan seorang lelaki di sebuah restoran yang terletak di Kansas. Dia dilaporkan berbuat demikian kerana mahu membunuh warga Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang bekas anggota Tentera Laut Amerika Syarikat ditahan kerana menembak dua orang jurutera teknologi yang berasal dari India dan seorang lelaki di sebuah restoran yang terletak di Kansas. Dia dilaporkan berbuat demikian kerana mahu membunuh warga Iran.

Suspek yang berusia 51 tahun, Adam Purinton menghadiri sidang mahkamah yang pertama pada hari Isnin melalui sebuah sidang video.

Menurut beberapa orang saksi, Purinton menjerit "berambus dari negaraku" kepada dua orang lelaki India bernama Srinivas Kuchibhotla dan Alok Madasani sebelum menembak mereka. Kedua mangsa yang sama-sama berusia 32 tahun itu ditembak di restoran Austin Bar and Grill.

Madasani mengalami kecederaan akibat serangan itu. Akan tetapi, Kuchibhotla pula mati terbunuh di dalam serangan berasaskan kebencian itu. Ian Grillot yang berusia 24 tahun pula tercedera apabila dia cuba untuk melakukan campur tangan di dalam pertembungan itu.

Selepas serangan itu, suspek memandu sejauh 70 batu ke Clinton, Missouri dan memberitahu seorang pekerja di restoran Applebee bahawa dia telah melakukan 'sesuatu' dan sedang mencari tempat persembunyian.

Serangan yang bermotifkan perkauman itu telah menimbulkan kegusaran berhubung layanan terhadap para immigran yang disasarkan oleh pentadbiran Trump melalui sebuah arahan sekatan perjalanan ke atas warga negara dari tujuh buah negara Islam.

Jurucakap Rumah Putih pada hari Jumaat berkata bahawa percubaan untuk menyalahkan retorik Presiden A.S berkaitan serangn itu adalah sesuatu yang 'mengarut'. -Agensi

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky