Tembakan Dilepaskan Di Sebuah Sekolah Di San Bernardino, California

Tembakan Dilepaskan Di Sebuah Sekolah Di San Bernardino, California

Para petugas kecemasan kini berada di lokasi insiden tembakan yang berlaku di sebuah sekolah yang terletak di San Bernardino, California.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para petugas kecemasan kini berada di lokasi insiden tembakan yang berlaku di sebuah sekolah yang terletak di San Bernardino, California.

Insiden tembakan yang berlaku di sekolah North Park itu dilaporkan berpunca daripada pertikaian domestik yang melibatkan seorang guru. Menurut laporan, penembak dikatakan telah berjaya dineutralkan. Akan tetapi, beberapa tembakan telahpun dilepaskan.

Kes yang disifatkan sebagai bunuh/bunuh diri itu menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan beberapa yang lain mengalami kecederaan.

Para pelajar yang lain telahpun dibawa ke sekolah yang berhampiran untuk tujuan keselamatan.

Amerika Syarikat terus-menerus menyaksikan keganasan melibat senjata api di tempat-tempat awam seperti sekolah dan pusat membeli-belah di sebalik perdebatan di antara pihak yang menyokong pemilikan senjata api oleh warga awam dan kumpulan yang menentangnya.

Perkara itu walau bagaimanapun menjadi lebih kompleks memandangkan isu itu melibatkan pelobian yang dibuat oleh para pembuat dan pengeluar senjata api di persada politik negara itu dalam rangka memelihara pasaran mereka.

/315


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini