Tiada Perang Buat Masa Ini

Tiada Perang Buat Masa Ini

Pengarah Agensi Risikan Pusat (CIA), Mike Pompeo semalam memberi jaminan tiada kemungkinan perang dengan Korea Utara ‘untuk masa terdekat’ tetapi tidak menolak kemungkinan Pyongyang melancarkan satu lagi ujian peluru berpandu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pengarah Agensi Risikan Pusat (CIA), Mike Pompeo semalam memberi jaminan tiada kemungkinan perang dengan Korea Utara ‘untuk masa terdekat’ tetapi tidak menolak kemungkinan Pyongyang melancarkan satu lagi ujian peluru berpandu.

Kata-kata Pompeo itu susulan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sejak seminggu lalu mengancam membalas jika Korea Utara terus mengugut penggunaan kuasa nuklear terhadap Washington, sebelum Pyongyang pula mengumumkan perancangan melancarkan peluru bersenjata terhadap Guam.

“Buat masa ini, tiada ancaman (perang). Tetapi percayalah, tetap ada kemungkinan peluru berpandu nuklear dihalakan ke arah Denver. Itu memang ancaman serius,” katanya kepada Fox News.

Dia menegaskan buat masa ini hasil sumber risikan menunjukkan belum ada kemungkinan perang nuklear tercetus.

Ujian peluru berpandu Korea Utara bulan lalu menunjukkan rejim bersenjata nuklear itu kini mempunyai senjata antara benua (ICBM) yang mampu sampai ke tanah besar AS, kata pakar. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Liputan Khas Kesyahidan  Pemimpin Tentera Islam  Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini