Tiada Sebarang Kemungkinan Assad Benarkan Serangan Kimia: Senator A.S

Tiada Sebarang Kemungkinan Assad Benarkan Serangan Kimia: Senator A.S

Tiada sebarang kemungkinan bahawa Presiden Bashar Assad akan membenarkan sebarang penggunaan senajata kimia di Syria memandangkan beliau tidak memiliki apapun motif untuk berbuat demikian memandangkan tentera negara Arab itu sedang di ambang kemenangan di dalam peperangan mereka menentang keganasan, kata seorang senator Amerika Syarikat dari Virginia, Richard Black kepada media.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tiada sebarang kemungkinan bahawa Presiden Bashar Assad akan membenarkan sebarang penggunaan senajata kimia di Syria memandangkan beliau tidak memiliki apapun motif untuk berbuat demikian memandangkan tentera negara Arab itu sedang di ambang kemenangan di dalam peperangan mereka menentang keganasan, kata seorang senator Amerika Syarikat dari Virginia, Richard Black kepada media.

Pada 4 April lepas, pihak pemberontak mendakwa bahawa tentera yang setia kepada Presiden Assad telah menggunakan senjata kimia ke atas warga Idlib sekaligus membunuh hampir 80 orang dan mencederakan 200 yang lain.

Assad walau bagaimanapun mengatakan bahawa kerajaannya tidak memiliki sebarang senjata kimia setelah bersetuju dengan piahk terlibat untuk memusnahkan simpanan senajata kimia mereka pada tahun 2013. Beliau juga menolak sebarang kemungkinan menggunakan senjata itu ke atas rakyatnya sendiri.

"Saya menganggap bahawa kemungkinan bahawa Syria melancarkan serangan kimia itu adalah sifar," kata Black pada hari Jumaat.

"Saya rasakan bahawa tiada sebarang kemungkinan bahawa mereka melakukannya kerana mereka tidak mendapat apa-apa kebaikan sekalipun. Di sebalik itu, jika beliau melakukannya, beliau hanya akan membangkitkan kemarahan seluruh warga dunia. Jadi perkara (tuduhan) itu tidak berlaku. Saya yakin perkara itu tidak berlaku," tambahnya lagi.

Black turut mencabar sesiapaun untuk menerangkan kenapa Presiden Assad mahukan menukarkan kemenangan mereka ke atas kumpulan militan dan pengganas dengan kekalahan melalui penggunaan senjata kimia yang akan menaikkan kemarahan dunia.

Di masa yang sama, Rusia mendakwa bahawa serangan udara di Khan Shaykhun yang melibatkan pesawat Syria telah mengenai pusat simpanan senjata kimia yang dioperasikan oleh pengganas.

A.S melancarkan 59 buah peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara al-Sha'irat yang terletak berdekatan Homs pada lewat hari Khamis. Presiden Trump mendakwa bahawa serangan itu adalah tindak balas Washington berikutan dakwaan bahawa Assad menggunakan senjata kimia ke atas Idlib.

Para pegawai A.S tidak membekalkan sebarang bukti untuk menunjukkan bahawa Damsyik telah melancarkan serangan kimia ke atas Idlib. Di dalam masa yang sama, pentadbiran Presiden Assad dengan mutlak menolak tuduhan itu sambil mengatakan bahawa penggunaan senjata kimia sama sekali tidak akan menguntungkan mereka.

Rusia pula menganggap tindakan unilateral dan terburu-buru A.S itu sebagai sebuah tindakan kekerasan dan pencabulan ke atas sebuah negara ahli anggota PBB.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini