Tidak Ancam Amerika Syarikat

Tidak Ancam Amerika Syarikat

Siasatan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DHS) gagal membuktikan Iran dan enam negara majoriti Islam lain yang berdepan larangan Presiden Donald Trump mencetuskan ancaman kepada negara tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Siasatan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DHS) gagal membuktikan Iran dan enam negara majoriti Islam lain yang berdepan larangan Presiden Donald Trump mencetuskan ancaman kepada negara tersebut.

Kelmarin, Associated Press melaporkan draf laporan oleh cabang risikan jabatan itu merumuskan bahawa kerakyatan seseorang bukan petunjuk kepada ancaman keganasan.

Menurut analisis DHS, hanya segelintir individu dari negara yang disenaraikan itu terlibat dalam aktiviti berkaitan keganasan sejak konflik Syria tercetus pada 2011.

Jurucakapnya, Gillian Christensen turut mengesahkan penemuan itu, namun menyatakan ia tidak lengkap selain tidak memberikan penilaian akhir risikan kerajaan.

"Ia tidak termasuk data daripada sumber risikan lain dan sememangnya tidak lengkap," katanya.

Difahamkan, laporan itu menggunakan sumber Statistik Visa Jabatan Negara, Penilaian Ancaman Seluruh Dunia 2016 dari komuniti risikan AS dan Laporan Keganasan 2015.

Bulan lalu, Trump memeterai perintah eksekutif melarang kemasukan rakyat dari Iran, Syria, Iraq, Yaman, Somalia, Sudan dan Libya sebagai langkah 'melindungi' AS daripada ekstremisme, lapor Press TV.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky