Trump Akan Tarik Keluar A.S Daripada Perjanjian Paris

Trump Akan Tarik Keluar A.S Daripada Perjanjian Paris

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata bahawa pentadbirannya akan menarik keluar negara itu daripada perjanjian global berhubung usaha antarabangsa untuk menangani krisis perubahan cuaca dunia. Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai sebuah langkah yang akan mengukuhkan kedaulatan Amerika Syarikat sendiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata bahawa pentadbirannya akan menarik keluar negara itu daripada perjanjian global berhubung usaha antarabangsa untuk menangani krisis perubahan cuaca dunia. Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai sebuah langkah yang akan mengukuhkan kedaulatan Amerika Syarikat sendiri.

"Kami akan keluar," kata Trump pada hari Khamis di dalam sebuah upacara yang dianjurkan di Taman Ros yang terletak di Rumah Putih.

"Dalam rangka memenuhi tanggungjawab saya untuk melindungi kepentingan Amerika Syarikat dan warganya, A.S akan menarik diri daripada perjanjian cuaca Paris," kata Trump.

Menurut beliau, perjanjian Paris bersifat sangat tidak adil kepada kepentingan Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, Trump juga berkata bahawa pihaknya akan memulakan rundingan untuk menyertai semula perjanjian Paris ataupun mana-mana perjanjian lain dengan terma-terma yang bersifat adil terhadap kepentingan Washington.

"Kita akan keluar. Akan tetapi, kita akan memulakan rundingan baharu dan melihat sama ada kita mampu untuk mencapai kesepakatan dengan terma yang lebih adil," katanya. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky