Trump Bakal Adakan Pertemuan Dengan Presiden China

Trump Bakal Adakan Pertemuan Dengan Presiden China

Presiden Amerika Syarikat (AS) bakal mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping dan pertemuan itu dilihat akan melakar hala tuju hubungan antara kedua-dua buah negara, kata Rumah Putih pada Khamis lapor agensi berita China Xinhua.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS) bakal mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping dan pertemuan itu dilihat akan melakar hala tuju hubungan antara kedua-dua buah negara, kata Rumah Putih pada Khamis lapor agensi berita China Xinhua.

Kedua-dua pemimpin akan bertemu di Mar-a-Lago, Florida pada 6 hingga 7 April dan ia merupakan pertemuan pertama sejak Trump menyandang jawatan Presiden pada Januari.

"Presiden AS tidak sabar untuk bertemu dengan Presiden Xi bagi bertukar-tukar pandangan dan berbincang mengenai hubungan dua hala," kata jurucakap Rumah Putin Sean Spicer dalam satu taklimat media.

Antara isu yang bakal menjadi agenda perbincangan termasuk isu Korea Utara, perdagangan dan keselamatan serantau, tambah beliau.

Spicer berkata, kedua-dua pihak mencapai persetujuan berhubung tarikh, lokasi dan agenda untuk sidang kemuncak Xi-Trump selepas mengadakan perbincangan selama beberapa minggu.

Ditanya mengenai harapan AS hasil daripada mesyuarat itu, Spicer berkata, ia akan menjadi satu peluang untuk Trump "menjalinkan hubungan secara peribadi dengan Presiden Xi." - Bernama


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini