Trump Hadkan Peraturan Visa, Buka Peluang Kerja Rakyat

Trump Hadkan Peraturan Visa, Buka Peluang Kerja Rakyat

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif yang menyasarkan pekerja asing dalam jawatan berkemahiran tinggi dengan mengehadkan peraturan visa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif yang menyasarkan pekerja asing dalam jawatan berkemahiran tinggi dengan mengehadkan peraturan visa.

Dengan ikrar kempen 'Buy American, Hire American,' ia ditandatangani bagi tujuan perubahan pada program visa yang membawa masuk pekerja berkemahiran tinggi ke negara terbabit.

Perintah eksekutif itu didakwa bagi menggantikan visa H-1B yang terkenal di kalangan industri teknologi tenaga, sekali gus menjadikan lebih sukar bagi syarikat mengambil pekerja bergaji rendah dari negara asing yang dilihat mengurangkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

"Perintah ini mempromosi secara agresif dan guna barangan buatan AS serta memastikan buruh tempatan diupah untuk kekosongan pekerjaan. Langkah ini selaras slogan Utamakan Amerika," jelas Trump.

Bagaimanapun, Dewan Perniagaan AS memberi amaran kepada pentadbiran Trump supaya tidak memansuhkan skim H-1B, sebaliknya mengakui terdapat ruang untuk memperbaiki program tersebut. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky