Trump Kena Siasat?

Trump Kena Siasat?

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan disiasat oleh peguam khas, Robert Mueller terhadap dakwaan kemungkinan melakukan halangan keadilan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan disiasat oleh peguam khas, Robert Mueller terhadap dakwaan kemungkinan melakukan halangan keadilan.

Siasatan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang diselia Mueller itu, dilakukan untuk menyiasat campur tangan Rusia dalam Pilihan Raya Presiden 2016 dan jika terdapat sebarang kaitan dengan jutawan hartanah terbabit.

Kelmarin, The Washington Post melaporkan keputusan untuk menyiasat presiden adalah titik perubahan besar siasatan itu yang ketika ini memberi tumpuan terhadap Moscow.

"Siasatan halangan keadilan itu bermula beberapa hari selepas Trump memecat bekas pengarah FBI, James Comey pada 9 Mei lalu.

"Lima pegawai risikan termasuk Pengarah Perisikan Kebangsaan, Daniel Coats dan Ketua Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) bersetuju untuk disoal siasat yang dijangka berlangsung pada minggu ini," jelas laporan itu.

Minggu lalu, Comey yang memberi keterangan di Kongres mendedahkan Trump telah memberi tekanan kepada beliau untuk menggugurkan siasatan terhadap bekas Penasihat Keselamatan Negara, Michael Flynn, sekali gus memperkuatkan lagi dakwaan presiden telah melakukan halangan keadilan.

Sebelum ini, Trump berulang kali menafikan dakwaan sebarang pakatan sulit dengan Rusia. - Agensi


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky