Trump Perkasakan Musuh Politiknya Dengan Memecat Comey

Trump Perkasakan Musuh Politiknya Dengan Memecat Comey

Menurut pemerhati, tindakan Presiden Donald Trump untuk memecat Pengarah FBI, James Comey secara tiba-tiba mempunyai persamaan dengan peristiwa pemecatan pendakwa raya khas skandal Watergate oleh Presiden Nixon pada tahun 1973 yang mengundang kritikan ke atas pemimpin A.S itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut pemerhati, tindakan Presiden Donald Trump untuk memecat Pengarah FBI, James Comey secara tiba-tiba mempunyai persamaan dengan peristiwa pemecatan pendakwa raya khas skandal Watergate oleh Presiden Nixon pada tahun 1973 yang mengundang kritikan ke atas pemimpin A.S itu.

Pemecatan yang tidak dijangka itu telah mengundang gelombang kritikan baharu daripada pelbagai pihak termasuk anggota parti Republikan sendiri, kata seorang penganalisis politik kepada Sputnik.

"Apabila Trump memecat pengarah FBI, beliau sebenarnya telah 'membuka pintu' kepada kesemua musuh politiknya yang semakin hari semakin bertambah (untuk menyerangnya), kata Profesor, Gerald Horne, Pengerusi Kajian Sejarah dan Kajian Afro-Amerika di Universiti Houston.

"Trump diserang oleh parti Demokrat dan Republikan... Perkara ini amat serius. Situasi ini menunjukkan (kita tentang) ketidaktentuan dan sifat terburu-buru Trump yang mana (kedua-dua aspek) ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepadanya sejak beliau memenangi pilihan raya lepas," kata Horne.

Pemecatan Comey telah mengundang kritikan baharu ke atasnya selepas beliau berusaha keras untuk meraih sokongan puak liberal antarabangsa dengan menyatakan sokongannya kepada NATO, memungkiri janjinya untuk memulihkan hubungan Washington-Moscow dan melancarkan peluru berpandu Tomahawk ke atas Syria.

Akan tetapi, menurut Horne, Trump masih mempunyai sokongan yang kuat daripada kumpulan menengah kulit putih di negara itu.

"Sokongan akar umbi masih bersamanya. Mereka membenci pihak media yang memusuhi Trump... Perkara ini turut mewujudkan kekangan kepada ahli kongres dan senator Republikan yang khuatir dengan... pemilihan tahun 2018 ketika mahu menunjukkan permusuhan terbuka ke atas Trump," kata Horne lagi. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky