Trump Terima Tamparan Hebat

Trump Terima Tamparan Hebat

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tetap menyalah Parti Demokrat selepas cadangannya memperkenalkan pelan kesihatan baharu menggantikan Obamacare gagal mendapat kelulusan termasuk kalangan anggota Parti Republikan sendiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tetap menyalah Parti Demokrat selepas cadangannya memperkenalkan pelan kesihatan baharu menggantikan Obamacare gagal mendapat kelulusan termasuk kalangan anggota Parti Republikan sendiri.

Kegagalan Trump meraih sokongan meskipun Parti Republikan menguasai Dewan Perwakilan dan Senat buat pertama kali dalam tempoh 11 tahun, menjadi satu tamparan hebat kepada pemimpin yang baru menerajui negara ini.

Malah, tanda tanya juga timbul tentang sejauh mana Trump dapat melaksanakan janji-janji pilihan rayanya yang lain setelah gagal dalam ujian besar yang pertama ini.

Menurut Portal berita BBC, Speaker, Paul Ryan terpaksa menarik balik rang undang-undang Akta Penjagaan Kesihatan Amerika Syarikat (ACHA) selepas gagal mengumpul sejumlah 216 undi yang diperlukan untuk meluluskannya.

Trump dalam temu bual dengan Washingston Post berkata: “Kami gagal mendapat satu pun undi Demokrat dan kami sedikit malu... jadi kami terpaksa menarik balik undang-undang baharu itu.

“Kami perlu membiarkan Obamacare untuk sementara waktu tetapi jika Demokrat lebih bertamadun dan dapat bekerjasama, kedua-dua pihak boleh merumuskan satu rang undang-undang penjagaan kesihatan yang lebih baik,” kata beliau.

Tindakan menghapuskan dan mengantikan Obamacare merupakan janji utama Trump ketika berkempen dalam pilihan raya Presiden AS pada bulan November lalu.

Ramai ahli Parlimen dikatakan tidak berpuas hati kerana rang undang-undang ACHA itu kerana perlindungan kesihatan kurangkan terlalu banyak manakala ahli politik lain pula merasakan perubahan yang dilakukan tidak mencukupi.

Rang undang-undang tersebut juga dilaporkan tidak disokong oleh kebanyakan rakyat AS sendiri selepas satu tinjauan yang dilakukan baru-baru ini mendapati hanya 17 peratus yang mahu ia diluluskan.

Pejabat Bajet Kongres (CBO) menganggarkan AHCA akan mengurangkan defisit sebanyak AS$336 bilion (RM 1.4 trilion) antara tahun 2017 hingga 2026.

Bagaimanpun, bilangan rakyat AS tanpa insurans kesihatan bakal mencecah sehingga 52 juta orang pada masa yang sama, meningkat hampir 24 juta berbanding Obamacare.

Bercakap selepas penarikan balik rang undang-undang itu, Trump berulang kali menyebut bahawa Obamacare akan hancur dengan sendirinya tetapi enggan mengkritik Ryan yang gagal melobi untuk meluluskannya.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini