Trump Tuduh Obama Bela Penjenayah

Trump Tuduh Obama Bela Penjenayah

Presiden Donald Trump hari ini, menyalahkan pemimpin Amerika Syarikat (AS) terdahulu, Barack Obama, kerana membenarkan kumpulan penjenayah, MS-13, berakar umbi di bandar raya di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Donald Trump hari ini, menyalahkan pemimpin Amerika Syarikat (AS) terdahulu, Barack Obama, kerana membenarkan kumpulan penjenayah, MS-13, berakar umbi di bandar raya di negara itu.

Tuduhan itu sekali lagi dilontarkan tanpa mengemukakan bukti. MS-13 yang juga dikenali sebagai Mara Salvatrucha, adalah antara kumpulan penjenayah yang mendalangi gelombang keganasan di Guatemala, Honduras dan El Salvador.

Ia ditubuhkan di Los Angeles oleh pendatang El Salvador yang melarikan diri daripada perang saudara pada tahun 1980-an. Kumpulan itu bagaimanapun masih aktif di AS.

AS mengusir beberapa anggota kumpulan itu sekitar tahun 2000 untuk kembali ke negara asal mereka, yang menyumbang kepada penularan keganasan di rantau berkenaan.

Jenayah domestik yang dikaitkan dengan MS-13 termasuk pembunuhan empat belia Hispanik minggu lalu di New York, selain 11 yang dibunuh di tahun lalu, termasuk dua remaja yang dibunuh dengan parang dan kayu besbol.

"Dasar pendatang tanpa izin yang lemah oleh pentadbiran Obama membolehkan kumpulan MS-13 dibentuk di bandar raya seluruh AS.

"Kita akan mengusir mereka dengan cepat," katanya menerusi akaun Twitter rasminya. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky