Trump Tuduh Obama Intip Perbualan Telefon

Trump Tuduh Obama Intip Perbualan Telefon

Donald Trump hari ini menuduh bekas Presiden, Barack Obama, mengintip perbualan telefonnya ketika kempen Rumah Putih tahun lalu, tanpa memberi bukti dakwaan mengejutkan itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Donald Trump hari ini menuduh bekas Presiden, Barack Obama, mengintip perbualan telefonnya ketika kempen Rumah Putih tahun lalu, tanpa memberi bukti dakwaan mengejutkan itu.

Presiden Amerika Syarikat (AS) memuat naik tweet menuduh Obama membuat intipan perbualan telefon pada Oktober tahun lalu, sebulan sebelum pilihan raya.

"Saya berani bertaruh, seorang peguam yang baik boleh membuat kes besar berhubung hakikat Presiden Obama mengintip perbualan telefon saya pada Oktober, sejurus sebelum pilihan raya.

"Tergamak Presiden Obama mengintip telefon saya ketika proses pilihan raya. Ini adalah (skandal) Nixon/Watergate. Dia teruk (atau tidak betul)!" katanya di Twitter. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky