Trump Tukar Pendirian, Kata NATO Masih Relevan

Trump Tukar Pendirian, Kata NATO Masih Relevan

Presiden AS, Donald Trump hari ini mengejutkan sekutunya apabila berkata NATO tidak ketinggalan zaman, tetapi menambah, negara anggota tetap perlu sama-sama menanggung beban sebagai penaung keselamatan Eropah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden AS, Donald Trump hari ini mengejutkan sekutunya apabila berkata NATO tidak ketinggalan zaman, tetapi menambah, negara anggota tetap perlu sama-sama menanggung beban sebagai penaung keselamatan Eropah.

Pada kempen pilihan raya Presiden AS November lalu Trump pernah membuat kenyataan yang menyentap negara anggota pakatan itu apabila mendakwa NATO sebagai tidak relevan.

Dalam satu sidang media dengan Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg, Trump memuji ahli NATO atas sokongan mereka terhadap keputusan beliau untuk melancarkan 59 peluru berpandu ke sebuah pangkalan udara di Syria, Khamis lalu.

Serangan itu adalah sebagai tindak balas terhadap penggunaan senjata kimia rejim Syria terhadap penduduk awam dan Trump berkata, masanya sudah tiba untuk menamatkan perang saudara di Syria.

"Saya pernah kata NATO ketinggalan zaman, kini ia masih relevan," kata Trump sambil menambah pakatan Transatlantik itu kini menyertai misi lebih besar untuk memerangi pengganas seperti disarankan beliau. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky